nuffnang ads

Monday 8 June 2015

15.5.15 ~ MaSjiDku TerBinA

Nice date.

Alhamdulillah.

Program Nikah Beramai-Ramai organised by Jabatan Agama Islam Selangor (Daerah Petaling)
a) Bayaran - RM1,000 (all in 1)
- Mcm2 bayaran covered antaranya fee jurunikah, fee sijil perakuan nikah, pelamin, kek pengantin, makan beradab 20 org tetamu, langgan majalah etc.


Siapkan semua dokumen then submit p JAIS Petaling. Then seminggu lg nak nikah ada briefing by them utk prosedur n aturcara majlis nikah. Ada 30 pasangan yg join. Seronok wei..



b) Persiapan Nikah
- Ku beli kain kat Jakel n tempah jubah 6 panel kat bangla. murah n cepat!!
- Tema grey + yellow
- Make up, kawan makcik recommended by makcik aku. RM150. murah n cantik!!
- Kasut kaler off white
- Photographernya my lovely fren Wawa yg sarat mengandung 7 bulan. maaf wawa jasamu ku kenang, Allah will balas


c) Hari Nikah
- Lokasi di Masjid Tengku Ampuan Jemaah Bukit Jelutong Shah Alam 



- Majlis start jam 9.30 pagi
- Got no. 7 as dh cabut undi ms hari briefing. Nombor bukan untuk giliran bernikah tp hanya untuk kedudukan ruang bernikah pengantin, meja makan untuk family members pengantin & lucky draw pengantin
- Family members yg hadir semuanya awal. Good job!!
- Jurunikah sempoi. Sampai kami antara 3 pasangan terakhir yg dinikahkan. Sepatutnya setiap pasangan ada jurunikah masing2 yg telah ditugaskan. Last minute, ada pasangan yg jurunikahnya x dpt hadir atas urusan lebih penting termasuk la aku. Jurunikah aku adalah Ketua Nikah Cerai Rujuk Negeri Selangor..ha kau ado?..lucu bila kami hanya diberi masa 2 minit untuk sesi batal air sembahyang n penyerahan mas kahwin sbb 97% pasangan lain dh setel dinikahkan dan duduk berbaris untuk dibacakan doa. kelam kabut dibuatnya..x sempat suamiku cium dahi isterinya ni..takpelah sbb skrg dh boleh cium mana2 puas2..ahahaha. Doa yang dibacakan telah didoakan oleh seluruh ahli keluarga 30 pasangan pengantin.
- Acara potong kek share 6 pasangan untuk 1 kek besar. Sempat rasa sikit je.
- Acara makan pengantin n makan beradab family. Tak sama meja sbb kami pengantin makan dlm dewan tp family members kat sekitar masjid so xde juga family pic reramai.
- Acara lucky draw. Meja kami x lucky sbb xde 1 pasangan pun dr meja kami yg dpt hadiah lucky draw. Takpe, pasangan yg lebih memerlukan yg Allah takdirkan untuk dapat kot
- Ada selebriti. Fauziah Ghous & her husband
- Majlis end jam 11.30 pagi

d) Honeymoon
- Melaka
- Aktiviti adalah rahsia..ekekeke







Question from the above story : Aib apa yg kami bawa dengan kami join program nikah beramai-ramai tu? <--- ahaha soalan emo

Moral of the story : Once Allah tulis ia rezeki kita, xkan ada org lain blh ambil rezeki kita. Ingat! Perkara kebaikan kearah Allah, byk ujian n hasutan syaitan. Contohnya perkahwinan @ membina masjid, hari2 kita bina ia sikit2, letak foundation, tegak tiang, pasang dinding & setiap saat syaitan akan hancurkan foundation, cabut batu bata dinding sampai la ia berjaya 100% runtuhkan masjid yg kita nak bina. Jadi sentiasalah bertahan, doa n minta pd Allah agar syaitan dpt ditewaskan n masjid kita selesai dibina.

SeronOK MeRaSA NikMAt ALLah

SYUKUR ALHAMDULILLAH

In 5 months all done

1.1.15 - pandang2..malu2..hik3

1.5.15 - we engaged!!

15.5.15 - kami telah bernikah..wink2..luv2

Begitulah indahnya rezeki yg Allah beri buat kami. Semua berlaku pantas & mudah. Takde bercinta2 before bernikah. No love message tru sms / whatsapp / wechat / call etc. Nothing!

Perkenalan yg Allah aturkan melalui long lost friend. At the beginning, just rs nothing, rs mcm erm malasnya nak berkenalan lg dengan lelaki. Pengalaman lepas2 buat aku rs mcm tu. Aku hadirkan diri ke majlis kesyukuran & doa selamat family mertua untuk perjalanan menunaikan umrah. Byk kali kwn aku remind utk attend kenduri tu..ok2 aku p..niatnya sekadar tunjuk muka, jika bukan rezeki aku berjodoh dengan anak mereka, cukup sekadar niat aku untuk memeriahkan majlis.

ALHAMDULILLAH..balik dr kenduri, aku dimaklumkan family mertua berkenan kat aku..cuma tunggu kata putus dari calon suami ni <-- sebelum ke
jadian, ekekeke..ahaha..2 bulan juga la tunggu kata putus tp x putus2 pape pun..aih, kwn aku dok asik tanya apa perkembangan kami..xde apa2 yg kembang pun lg..masing2 senyap sunyi..tp dlm hati aku ni geram juga la, calon suami ni nak ke idak dgn aku, familynya dh berkenan. Kalau xnak, terus terangla cepat2, senang masing2 nak move on cari bahagia sendiri. Aku beranikan diri call calon suami untuk tanya, nak teruskan ke nak stop aje..malas nak panjang2 cerita kan. Ha baru la ada keputusan. Uh sabo je la wahai sang calon suami.

Dirisik.

Kedua family setuju untuk kami dinikahkan n disatukan on oktober 15 tanpa bertunang, lepas raya haji. Kuasa Allah mengatasi segala perancangan manusia. Calon suami n aku setuju untuk join program nikah beramai-ramai anjuran Pejabat Agama daerah Petaling. Awalnya family aku x setuju, ada juga kwn2 yg memandang sinis dengan rancangan kami untuk join program nikah beramai-ramai tu. Aku teruskan berdoa n akhirnya family setuju dengan syarat kami kena bertunang dulu. ALHAMDULILLAH

Kini, kami adalah suami isteri yg sah. ALHAMDULILLAH. 

Sebelum aku bertemu jodoh aku selalu doa agar Allah berikan aku jodoh yang boleh mendekatkan diri aku kepada Allah, aku serahkan nyawaku kepada Allah, minta Allah aturkan hidupku menurut kehendakNYA dan bukan mengikut kehendak ku. Aku minta Allah kurniakan aku suami yang soleh, datang meminangkan, dia mengahwiniku, jadikan dia sahabatku di dunia dan di akhirat. Sampai sekarang pun aku masih minta doa yang sama.

Kawan yang kenalkan kami berdua, kini dh jadi kakak ipar aku..keh3

Suamiku, me sayang u..muah2

Wednesday 3 June 2015

REzEki MiLik AllAh

* Akui ia
* Minta ia banyak2
* Rasakan ia
* Nikmati ia
* Redhakan ia

Dikala aku tekad untuk meninggalkan kesenangan n kemewahan yg sering dirasakan tidak cukup, tiada tangisan mengiringi. Malah aku mahu merasakan tekad aku itu berbaloi.

Dikala memasuki fasa tiada kesenangan & kemewahan kewangan namun nafsu & cita2 sentiasa ada, aku didik diri agar sentiasa mengakui rezeki itu milik Allah.

Aku ajar diri untuk sentiasa berdoa & meminta banyak2 kepada Allah agar apa jua nafsu n cita2 yg aku inginkan Allah beri.

Aku paksa diri dengan selalu berkata untuk memuaskan nafsu dan mencapai cita2, usaha mendekatkan diri kepada Allah lebih dituntut daripada usaha fizikal. Sejauh mana kudrat fizikal kita boleh menentukan apa yg kita usahakan akan mendapat hasil pulangan lumayan jika tidak Allah yang berikan kudrat fizikal itu?

Ketika terasa tiada daya, aku tetap usaha tenangkan diri yakin bahawa Allah sgt sayangkan aku, Allah takkan berlaku kejam pada aku, Allah telah allocate rezeki aku selagi aku bernafas.

Tidak disangka2, Allah berikan aku rezeki dikala aku sgt2 perlukan dlm kadar ia bercukupan. Bersyukur. Ada kala mudah bersyukur ada kala payah bersyukur. Tapi sampaikah hati untuk melupakan setiap nikmat yg Allah bagi? Beranikah hati jika Allah juga lupakan aku? No! Aku tak sanggup untuk merasakan bahawa Allah akan lupakan aku. Jadi sentiasalah ingat Allah

Dikala aku merasakan rezeki itu akan jd milik aku, namun aku terasa payah untuk mendapatkannya, aku ajar diri agar redha. Redhakan rezeki itu pergi. Allah pasti ganti dengan rezeki yg lebih baik & mudah.

Rezeki x perlu dicari~Rezeki perlu dijemput