nuffnang ads

Monday, 8 January 2018

2018

Assalamualaikum

Muncul semula..setahun dh nyepi..bukan juga nyepi cuma tambah bz dgn rumahtangga..

2016, anak sorang
2017, anak dh 2 org..jd mmg bz lah
Pe pun syukur

2018, seminggu dh berlalu..Azam baru? Takde..cita2 br je yg ada..byk..

Minggu lps dpt la juga capai cita2 tu..aik cepatnye dh tercapai..hahaha..cita2ku tu dpt capai sbb sebenarnye senang nk capai cuma selalunye malassss & sengaje diberat2kan..kena kuar & rajin agar dpt capai cita2 tu taip hari..


Wednesday, 7 September 2016

~BetULkaN YanG BIasa~BiASakAN yANg BETuL~

Seorang ibu sedang menyanyikan anaknya

"Si fulan anak soleh, si fulan anak bijak, si fulan anak berani, si fulan anak baik......."
Si ibu ditegur seseorang agar tidak berkata begitu kerana menurut orang tua2 anak itu akan jadi sebaliknya
Si ibu bertegas "kata2 itu kan doa, lebih2 lagi setelah menjadi ibu, doa seorang ibu tiada hijabnya"

Setiap kata2 yang kita sering tuturkan adalah doa.

Contoh kata2 yang baik:-
1. Untuk Allah "aku yakin Allah akan selesaikan masalah kita"..
2. Untuk diri sendiri "aku nak belajar di mekah"..
3. Untuk anak2 "bijak anak mummy ni"..
4. Untuk suami/isteri "awak ni pandai memasak"..
5. Untuk majikan "majikan aku tu adil orangnya"..
6. Untuk sahabat "sahabat aku seorang yang rajin mencari ilmu"..
etc

Contoh kata2 yang tidak baik:-
1. Untuk diri sendiri "taknaklah, aku tak pandai"..
cukuplah 1 contoh kata2 tidak baik sebagai contoh. Ada banyak tp perhatikan la sendiri

*Jaga tutur kata
*Sentiasa menutur kata2 yang baik2
*Sentiasa memohon kepada Allah agar dilindungi
*Jauhi berkata yang tidak baik

Jom betulkan yang biasa & biasakan yang betul!!



~HeBAtnYA MeNGAmalKaN Al-QuraN~

Kongsi cerita dr seorang Ustazah

Rakan Ustazah memerlukan lebih kurang RM700K untuk menyelesaikan pembayaran rumah dengan kadar segera
Setiap hari mengamalkan bacaan ayat 100 dinar & 1 lg amalan (maaf x ingat)
Yakin akan rezeki Allah
Alhamdulillah, telah datang kepada mereka seorang wanita membawa cek RM500k & selesai pembayaran rumah tersebut

Pelajaran:
* Yakin rezeki apa pun dtgnya daripada ALLAH
* Amalan membaca ayat2 suci al-Quran..bkn hanya sekadar menggantung/menampal ayat2 al-Quran di dinding rumah, di bilik tidur, di dalam kereta etc tanpa dibaca & diamalkan

Jom sama2 membaca Al-Quran setiap hari!!

Tuesday, 6 September 2016

~KelEbIhan MembaCa Al-QuraN


Sedikit perkongsian ilmu dari majlis ilmu yang saya hadiri

Sesiapa yang tidak sempat berdoa kepada Allah kerana membaca Al-Quran:

1. Allah beri kurnia keatasnya setinggi kurnia segala mahkluk;

2. Allah beri yang lebih baik daripada yang diberi kepada orang lain;

3. Allah beri pahala lebih baik daripada orang2 yang berdoa

Semoga bermanfaat kpd semua

Wednesday, 15 June 2016

15/5/2015 - 15/5/2016


Setahun usia masjid yg kami bina bersama atas izin Allah

Syukur tidak terhingga

Berbagai nikmat telah Allah beri sepanjang setahun itu

Allah juga telah anugerahkan kepada kami amanah sebagai laluan kami untuk meniti ke syurga

Panjangkah lagi kehidupan yg kami perlu lalui utk bertemu Mu Ya Allah?

Mohon diberikan kebaikan sepanjang kami melalui jalan2 menuju Mu Ya Allah

Tuesday, 14 June 2016

Pengalaman Melahirkan Anak Syurga Anugerah Allah - Additional Part

Assalamu'alaikum readers..

Hihi..gelak dulu ye..agar positif..kot tak dpt nak gelak, senyum2 pun dh ok..

Sy ada tambahan cerita pengalaman bersalin..xde la byk tp sekadar nasihat/tips bersalin.

Nak bg tahu barang2 keperluan yang perlu / tak perlu dibawa semasa ke hosp utk melahirkan anak2 syurga.

(A) Barang2 mummy:-
1. I/C <--- penting sgt2
2. Telefon bimbit & charger- senang nak hubungi suami / sesapa yg terdekat utk bantuan luar
3. Baju & kain batik - utk balik dr hosp. Di hosp, ada baju khas..
4. Panties
5. Pad - utk kegunaan sebelum & selepas melahirkan
6. Toiletteris - utk mandi & bercantik2 sepanjang stay di hosp
7. Tuala mandi & tuala kecik
8. Makanan & minuman terutama KURMA - utk tenaga sepanjang kontraksi, waktu melahirkan & selepas melahirkan
9. Bengkung - utk kegunaan selepas melahirkan..bw wrap yg simple je..utk tampung perut ms kita berjalan2 di hosp lps melahirkan
10. Sweater & stokin - hosp sentiasa sejuk
11. Duit - kot2 nak beli makanan yg teringin d hati

(B) Barang2 baby:-
1. Baju baby
2. Pampers
3. Selimut
4. Sarung tangan & kaki
5. Lampin
6. Wet tissue - utk lap berak baby. selagi baby tak berak, tak boleh keluar hosp ye..
7. Botol susu & susu formula - tak disarankan but in case susu mummy blm produce so bg la skit susu formula agar baby tak menangis kelaparan..tp kena sorok2..sbb klu nurse/doktor nmpk nnti kena marah..

*tips dr org lain - p berurut before bersalin utk hasilkan / lancarkan pengeluaran susu badan

*alhamdulillah sy tak stay lama d hosp tp susu badan blm produce lps baby lahir, so air pertama masuk ke mulut & perut baby sy is air kurma..ptg hari kedua, br la susu badan sy ada..sian baby ..


(C) Barang2 utk bawa masuk ke labour room
1. Panties
2. Pad
3. Baju baby
4. Pampers
5. Makanan & Minuman - lps melahirkan sure lapar..so makan buat alas perut sementara nak dihantar semula ke wad
6. Telefon bimbit - nak maklumkan situasi diri selepas melahirkan pd suami / sesapa yg terdekat

(D) Barang2 yg tak perlu dibw ke hosp/labour room:-
1. Barang2 kemas (cincin, rantai leher etc)
2. Gadget lain selain telefon bimbit
3. Duit yg byk - suami kan ada..kot suami tak bertanggungjawab, terpaksa la bw utk setel bil hosp ye

Lebih kurang mcm tu la ye sedikit sebanyak panduan yg sy boleh kongsikan berdasarkan pengalaman sy..

~Selamat mencuba~

Wednesday, 8 June 2016

Pengalaman Melahirkan Anak Syurga Anugerah Allah

13/3/2016 - Aku selamat melahirkan seorang bayi lelaki

Aku nak cerita pengalaman sebelum aku selamat melahirkan

11/3/2016 (Jumaat)
Siang hari aku msh lg ke sana ke sini bersama work partnerku..tp semua keje work partnerku yg buat..aku stay aje dlm kereta..ahaha. Malam tu suamiku mesej bgtau dia blk lmbt..xpelah..

10 mlm - br suamiku smpi d rumah..dia ajak aku mkn..ok..tp sblm tu aku mmg ada dgr/rs 'dup' kecil diiringi rs sakit skit, aku abaikan..br je kami start mkn, aku rskan ada air panas yg keluar laju dr vaginaku..aku bgtau mak aku..memula rileks je..tp makin lama makin byk air yg keluar smpi basah kerusi yg aku duduk n lantai..trs mak aku suruh p hospital..aku mentuban dh pecah..sian suami aku sbb br je jamah mknn..suami pun muka cam cuak tp bila aku tanya dia ok ke x, dia jawab ok..ehehe..

10.30 mlm - dlm hujan kami ke hospital terdekat..trs ke jabatan ibu bersalin, daftar diri sendiri sbb suami kena p cari parking kereta..lps register, nurse wat CTG kat aku utk dgr degupan jantung baby..dlm 1/2 jam juga proses tu..then aku diarahkan naik ke tingkat 4 utk check up lanjut..kat tingkat 4 ni, doktor buat lg CTG n check laluan beranak..br buka 1 cm..aku hrp sgt dpt blk rumah semula sbb x sakit lgsg cuma air mentuban tu keep keluar..tp..doktor x bg blk n trs suruh admit wad..erm..doktor plak bgtau suruh aku register masuk ke wad kelas 2 sbb wad kelas 3 dh penuh..so suamiku yg uruskan kemasukan aku ke wad..

12/3/2016 (Sabtu)

1.55 mlm - dah setel register semua, aku diarah naik ke wad kelas 2 di tingkat 8..suami cuma hantar beg2 brgku n dia kena blk sbb bkn waktu melawat..tido la aku wad mlm tu..tp x blh tido sgt pun sbb katil depan aku tgh d CTG so agak bising n wat aku nerves..lama2 tertido gak la aku,

6 pg - aku dh siap2 mandi n solat subuh..sakit masih blm ada..so just rileks2 kat katil..

12.30 tghr - waktu melawat..suami & mak aku dtg melawat..start aje waktu melawat, aku mula rs sakit sikit tp dgn kadar yg agak kerap..sakit makin lama makin kuat menjelang ptg..aku d beri antibiotik sbb dh leaking lbh 12 jam..doktor kata klu aku still x bersalin smpi mlm nnti, aku akan d induce..aku minta doktor doakan aku bersalin cepat..hehe..sebolehnya aku xnak bg suami aku blk tp x blh buat apa2 sbb dh hbs waktu melawat..

7 ptg - lps aje suamiku blk, aku minta doktor check laluan, dia kata dh 3cm & laluan akan buka 1cm utk 1 jam..so aku estimate by 1 pg laluan aku akan terbuka smpi 9cm n aku blh deliver baby..then aku mulakan misi berjalan2 dlm wad agar laluan terbuka dgn cepat..jln2 pastu stop menahan sakit..jln2 lg, stop lg..aku keep berjalan walaupun nurse advise suruh aku duduk or baring kt katil..uh xnk aku..dh la kat wad aku tu xde sesapa, aku sorg2..takot + bosan..dh penat jln br la aku duduk kt kerusi..aku try gak baring kt katil tp bila kontraksi tu dtg, aduiiii xleh buat pape utk kurangkan sakit..lebih senang duduk kt kerusi, bila kontraksi dtg aku blh ubah2 posisi duduk..

10 mlm - doktor check laluan, msh 1cm katanya..what????..tp doktor bgtau dinding rahim aku dh menipis so ia sesuatu yg baik...aku pun duduk blk kt kerusi aku sambil mengira2 bila sebenarnya aku blh deliver ni sambil menahan sakit kontraksi..

13/3/2016 (Ahad)

1.30 pg - aku tekan emergency bell sbb dh x tahan sakit sgt..nurse trs check laluan..dh 5cm..nurse kata dh blh utk aku ditolak ke labour room..tp ujian buatku, labour room penuh so aku kena stay kt katil aku semula n tunggu utk 1/2 jam..tp x smpi 1/2 jam aku tekan lg emergency bell, sakit sgt2..n skali lg nurse check laluan aku, dh 7cm..sempat aku mesej suamiku utk trs ke labour room..sempat juga aku mkn buah kurma 2-3 biji & minum air agar bertenaga..nurse tolak aku guna kerusi roda..ms tu aku rs mcm nak buang air besar..aku dpt rs kepala baby menolak2 nak keluar..byk kali aku bgtau nurse apa ku rs tu..sesampai aku kat labour room, suamiku x smpi lg..dok atas katil pun dh x blh tenang sbb sakit sgt..nurse suruh aku sedut oksigen tiap kali kontraksi utk kurangkan sakit tp aku x reti..so aku mmg  menjerit tiap kali kontraksi..byk kali gak la nurse advise agar aku x jerit sbb nnti xde tenaga nak push tp aku x peduli sbb mmg x blh dh nak tahan sakit yg amat2 sakit tu..aku jerit panggil doktor, panggil nurse, tanya mana suami aku..aku siap nak berguling atas katil menahan sakit..pastu br suami aku bergegas dpt masuk labour room, nurse2 pun masuk..so masing2 ambik position..suamiku ampu bahu aku..ada nurse tekan2 perut aku, ada yg ready nak sambut baby..mereka suruh aku push..2 kali push blm berjaya..nurse advise aku push sekuatnya tanpa keluar suara..ok..aku pegang buku lali kaki, pandang tepat kat perut & aku push dgn tahan suara dr keluar, aku dpt rs sesuatu meluncur laju & suam2 keluar dr vaginaku..alhamdulillah..

2.30 pg - anak anugerah Allah pun lahir..nurse suruh aku tgk jantina anak aku..lelaki..nurse minta aku baca selawat utk tali pusat baby dipotong..baby diletak atas dadaku & nurse minta suamiku azankan baby..aku nmpk mata suamiku berkaca2 ms azankan baby..lps hbs azankan nurse arahkan suami keluar n uruskan ntah apa aku pun x ingat..aku kena stay dlm labour room..nurse nak jahit koyakan..x lama sgt proses menjahit tu tp still trasa jarum jahitan walau pun aku dh d bius..dh setel dijahit, baby diletak lg atas dadaku utk tempoh yg lama & aku disuruh susukan baby..

9.00 pg - aku ditolak semula ke wad bersama2 baby..

12.30 tghr - suami, mak, family mertua, family pakcik dtg melawat tghr tu..dikabarkan aku dh blh balik..alhamdulillah..so suamiku p setelkan bil hospital & apa2 yg patut utk membolehkan aku check out hospital..

7.30 ptg - check out..alhamdulillah walaupun terpaksa tunggu sgt lama

Soalan cepucemas lps dpt anak is : Bila nak tambah anak lg?...<--- soalan dr org tipikal malaysia..

Jawapan : Tunggu smpi dh x terbayang2 sakit bersalin tu..ngeh3..

Apa pun jwpn aku tu xleh pki sbb aku bkn Tuhan..xde daya kuasa jika Allah x bg..makanya semuanya ku serahkan pd Allah termasuk la nyawa ku..