nuffnang ads

Wednesday 3 June 2015

REzEki MiLik AllAh

* Akui ia
* Minta ia banyak2
* Rasakan ia
* Nikmati ia
* Redhakan ia

Dikala aku tekad untuk meninggalkan kesenangan n kemewahan yg sering dirasakan tidak cukup, tiada tangisan mengiringi. Malah aku mahu merasakan tekad aku itu berbaloi.

Dikala memasuki fasa tiada kesenangan & kemewahan kewangan namun nafsu & cita2 sentiasa ada, aku didik diri agar sentiasa mengakui rezeki itu milik Allah.

Aku ajar diri untuk sentiasa berdoa & meminta banyak2 kepada Allah agar apa jua nafsu n cita2 yg aku inginkan Allah beri.

Aku paksa diri dengan selalu berkata untuk memuaskan nafsu dan mencapai cita2, usaha mendekatkan diri kepada Allah lebih dituntut daripada usaha fizikal. Sejauh mana kudrat fizikal kita boleh menentukan apa yg kita usahakan akan mendapat hasil pulangan lumayan jika tidak Allah yang berikan kudrat fizikal itu?

Ketika terasa tiada daya, aku tetap usaha tenangkan diri yakin bahawa Allah sgt sayangkan aku, Allah takkan berlaku kejam pada aku, Allah telah allocate rezeki aku selagi aku bernafas.

Tidak disangka2, Allah berikan aku rezeki dikala aku sgt2 perlukan dlm kadar ia bercukupan. Bersyukur. Ada kala mudah bersyukur ada kala payah bersyukur. Tapi sampaikah hati untuk melupakan setiap nikmat yg Allah bagi? Beranikah hati jika Allah juga lupakan aku? No! Aku tak sanggup untuk merasakan bahawa Allah akan lupakan aku. Jadi sentiasalah ingat Allah

Dikala aku merasakan rezeki itu akan jd milik aku, namun aku terasa payah untuk mendapatkannya, aku ajar diri agar redha. Redhakan rezeki itu pergi. Allah pasti ganti dengan rezeki yg lebih baik & mudah.

Rezeki x perlu dicari~Rezeki perlu dijemput

No comments:

Post a Comment