nuffnang ads

Monday, 8 January 2018

2018

Assalamualaikum

Muncul semula..setahun dh nyepi..bukan juga nyepi cuma tambah bz dgn rumahtangga..

2016, anak sorang
2017, anak dh 2 org..jd mmg bz lah
Pe pun syukur

2018, seminggu dh berlalu..Azam baru? Takde..cita2 br je yg ada..byk..

Minggu lps dpt la juga capai cita2 tu..aik cepatnye dh tercapai..hahaha..cita2ku tu dpt capai sbb sebenarnye senang nk capai cuma selalunye malassss & sengaje diberat2kan..kena kuar & rajin agar dpt capai cita2 tu taip hari..


Wednesday, 7 September 2016

~BetULkaN YanG BIasa~BiASakAN yANg BETuL~

Seorang ibu sedang menyanyikan anaknya

"Si fulan anak soleh, si fulan anak bijak, si fulan anak berani, si fulan anak baik......."
Si ibu ditegur seseorang agar tidak berkata begitu kerana menurut orang tua2 anak itu akan jadi sebaliknya
Si ibu bertegas "kata2 itu kan doa, lebih2 lagi setelah menjadi ibu, doa seorang ibu tiada hijabnya"

Setiap kata2 yang kita sering tuturkan adalah doa.

Contoh kata2 yang baik:-
1. Untuk Allah "aku yakin Allah akan selesaikan masalah kita"..
2. Untuk diri sendiri "aku nak belajar di mekah"..
3. Untuk anak2 "bijak anak mummy ni"..
4. Untuk suami/isteri "awak ni pandai memasak"..
5. Untuk majikan "majikan aku tu adil orangnya"..
6. Untuk sahabat "sahabat aku seorang yang rajin mencari ilmu"..
etc

Contoh kata2 yang tidak baik:-
1. Untuk diri sendiri "taknaklah, aku tak pandai"..
cukuplah 1 contoh kata2 tidak baik sebagai contoh. Ada banyak tp perhatikan la sendiri

*Jaga tutur kata
*Sentiasa menutur kata2 yang baik2
*Sentiasa memohon kepada Allah agar dilindungi
*Jauhi berkata yang tidak baik

Jom betulkan yang biasa & biasakan yang betul!!



~HeBAtnYA MeNGAmalKaN Al-QuraN~

Kongsi cerita dr seorang Ustazah

Rakan Ustazah memerlukan lebih kurang RM700K untuk menyelesaikan pembayaran rumah dengan kadar segera
Setiap hari mengamalkan bacaan ayat 100 dinar & 1 lg amalan (maaf x ingat)
Yakin akan rezeki Allah
Alhamdulillah, telah datang kepada mereka seorang wanita membawa cek RM500k & selesai pembayaran rumah tersebut

Pelajaran:
* Yakin rezeki apa pun dtgnya daripada ALLAH
* Amalan membaca ayat2 suci al-Quran..bkn hanya sekadar menggantung/menampal ayat2 al-Quran di dinding rumah, di bilik tidur, di dalam kereta etc tanpa dibaca & diamalkan

Jom sama2 membaca Al-Quran setiap hari!!

Tuesday, 6 September 2016

~KelEbIhan MembaCa Al-QuraN


Sedikit perkongsian ilmu dari majlis ilmu yang saya hadiri

Sesiapa yang tidak sempat berdoa kepada Allah kerana membaca Al-Quran:

1. Allah beri kurnia keatasnya setinggi kurnia segala mahkluk;

2. Allah beri yang lebih baik daripada yang diberi kepada orang lain;

3. Allah beri pahala lebih baik daripada orang2 yang berdoa

Semoga bermanfaat kpd semua

Wednesday, 15 June 2016

15/5/2015 - 15/5/2016


Setahun usia masjid yg kami bina bersama atas izin Allah

Syukur tidak terhingga

Berbagai nikmat telah Allah beri sepanjang setahun itu

Allah juga telah anugerahkan kepada kami amanah sebagai laluan kami untuk meniti ke syurga

Panjangkah lagi kehidupan yg kami perlu lalui utk bertemu Mu Ya Allah?

Mohon diberikan kebaikan sepanjang kami melalui jalan2 menuju Mu Ya Allah

Tuesday, 14 June 2016

Pengalaman Melahirkan Anak Syurga Anugerah Allah - Additional Part

Assalamu'alaikum readers..

Hihi..gelak dulu ye..agar positif..kot tak dpt nak gelak, senyum2 pun dh ok..

Sy ada tambahan cerita pengalaman bersalin..xde la byk tp sekadar nasihat/tips bersalin.

Nak bg tahu barang2 keperluan yang perlu / tak perlu dibawa semasa ke hosp utk melahirkan anak2 syurga.

(A) Barang2 mummy:-
1. I/C <--- penting sgt2
2. Telefon bimbit & charger- senang nak hubungi suami / sesapa yg terdekat utk bantuan luar
3. Baju & kain batik - utk balik dr hosp. Di hosp, ada baju khas..
4. Panties
5. Pad - utk kegunaan sebelum & selepas melahirkan
6. Toiletteris - utk mandi & bercantik2 sepanjang stay di hosp
7. Tuala mandi & tuala kecik
8. Makanan & minuman terutama KURMA - utk tenaga sepanjang kontraksi, waktu melahirkan & selepas melahirkan
9. Bengkung - utk kegunaan selepas melahirkan..bw wrap yg simple je..utk tampung perut ms kita berjalan2 di hosp lps melahirkan
10. Sweater & stokin - hosp sentiasa sejuk
11. Duit - kot2 nak beli makanan yg teringin d hati

(B) Barang2 baby:-
1. Baju baby
2. Pampers
3. Selimut
4. Sarung tangan & kaki
5. Lampin
6. Wet tissue - utk lap berak baby. selagi baby tak berak, tak boleh keluar hosp ye..
7. Botol susu & susu formula - tak disarankan but in case susu mummy blm produce so bg la skit susu formula agar baby tak menangis kelaparan..tp kena sorok2..sbb klu nurse/doktor nmpk nnti kena marah..

*tips dr org lain - p berurut before bersalin utk hasilkan / lancarkan pengeluaran susu badan

*alhamdulillah sy tak stay lama d hosp tp susu badan blm produce lps baby lahir, so air pertama masuk ke mulut & perut baby sy is air kurma..ptg hari kedua, br la susu badan sy ada..sian baby ..


(C) Barang2 utk bawa masuk ke labour room
1. Panties
2. Pad
3. Baju baby
4. Pampers
5. Makanan & Minuman - lps melahirkan sure lapar..so makan buat alas perut sementara nak dihantar semula ke wad
6. Telefon bimbit - nak maklumkan situasi diri selepas melahirkan pd suami / sesapa yg terdekat

(D) Barang2 yg tak perlu dibw ke hosp/labour room:-
1. Barang2 kemas (cincin, rantai leher etc)
2. Gadget lain selain telefon bimbit
3. Duit yg byk - suami kan ada..kot suami tak bertanggungjawab, terpaksa la bw utk setel bil hosp ye

Lebih kurang mcm tu la ye sedikit sebanyak panduan yg sy boleh kongsikan berdasarkan pengalaman sy..

~Selamat mencuba~

Wednesday, 8 June 2016

Pengalaman Melahirkan Anak Syurga Anugerah Allah

13/3/2016 - Aku selamat melahirkan seorang bayi lelaki

Aku nak cerita pengalaman sebelum aku selamat melahirkan

11/3/2016 (Jumaat)
Siang hari aku msh lg ke sana ke sini bersama work partnerku..tp semua keje work partnerku yg buat..aku stay aje dlm kereta..ahaha. Malam tu suamiku mesej bgtau dia blk lmbt..xpelah..

10 mlm - br suamiku smpi d rumah..dia ajak aku mkn..ok..tp sblm tu aku mmg ada dgr/rs 'dup' kecil diiringi rs sakit skit, aku abaikan..br je kami start mkn, aku rskan ada air panas yg keluar laju dr vaginaku..aku bgtau mak aku..memula rileks je..tp makin lama makin byk air yg keluar smpi basah kerusi yg aku duduk n lantai..trs mak aku suruh p hospital..aku mentuban dh pecah..sian suami aku sbb br je jamah mknn..suami pun muka cam cuak tp bila aku tanya dia ok ke x, dia jawab ok..ehehe..

10.30 mlm - dlm hujan kami ke hospital terdekat..trs ke jabatan ibu bersalin, daftar diri sendiri sbb suami kena p cari parking kereta..lps register, nurse wat CTG kat aku utk dgr degupan jantung baby..dlm 1/2 jam juga proses tu..then aku diarahkan naik ke tingkat 4 utk check up lanjut..kat tingkat 4 ni, doktor buat lg CTG n check laluan beranak..br buka 1 cm..aku hrp sgt dpt blk rumah semula sbb x sakit lgsg cuma air mentuban tu keep keluar..tp..doktor x bg blk n trs suruh admit wad..erm..doktor plak bgtau suruh aku register masuk ke wad kelas 2 sbb wad kelas 3 dh penuh..so suamiku yg uruskan kemasukan aku ke wad..

12/3/2016 (Sabtu)

1.55 mlm - dah setel register semua, aku diarah naik ke wad kelas 2 di tingkat 8..suami cuma hantar beg2 brgku n dia kena blk sbb bkn waktu melawat..tido la aku wad mlm tu..tp x blh tido sgt pun sbb katil depan aku tgh d CTG so agak bising n wat aku nerves..lama2 tertido gak la aku,

6 pg - aku dh siap2 mandi n solat subuh..sakit masih blm ada..so just rileks2 kat katil..

12.30 tghr - waktu melawat..suami & mak aku dtg melawat..start aje waktu melawat, aku mula rs sakit sikit tp dgn kadar yg agak kerap..sakit makin lama makin kuat menjelang ptg..aku d beri antibiotik sbb dh leaking lbh 12 jam..doktor kata klu aku still x bersalin smpi mlm nnti, aku akan d induce..aku minta doktor doakan aku bersalin cepat..hehe..sebolehnya aku xnak bg suami aku blk tp x blh buat apa2 sbb dh hbs waktu melawat..

7 ptg - lps aje suamiku blk, aku minta doktor check laluan, dia kata dh 3cm & laluan akan buka 1cm utk 1 jam..so aku estimate by 1 pg laluan aku akan terbuka smpi 9cm n aku blh deliver baby..then aku mulakan misi berjalan2 dlm wad agar laluan terbuka dgn cepat..jln2 pastu stop menahan sakit..jln2 lg, stop lg..aku keep berjalan walaupun nurse advise suruh aku duduk or baring kt katil..uh xnk aku..dh la kat wad aku tu xde sesapa, aku sorg2..takot + bosan..dh penat jln br la aku duduk kt kerusi..aku try gak baring kt katil tp bila kontraksi tu dtg, aduiiii xleh buat pape utk kurangkan sakit..lebih senang duduk kt kerusi, bila kontraksi dtg aku blh ubah2 posisi duduk..

10 mlm - doktor check laluan, msh 1cm katanya..what????..tp doktor bgtau dinding rahim aku dh menipis so ia sesuatu yg baik...aku pun duduk blk kt kerusi aku sambil mengira2 bila sebenarnya aku blh deliver ni sambil menahan sakit kontraksi..

13/3/2016 (Ahad)

1.30 pg - aku tekan emergency bell sbb dh x tahan sakit sgt..nurse trs check laluan..dh 5cm..nurse kata dh blh utk aku ditolak ke labour room..tp ujian buatku, labour room penuh so aku kena stay kt katil aku semula n tunggu utk 1/2 jam..tp x smpi 1/2 jam aku tekan lg emergency bell, sakit sgt2..n skali lg nurse check laluan aku, dh 7cm..sempat aku mesej suamiku utk trs ke labour room..sempat juga aku mkn buah kurma 2-3 biji & minum air agar bertenaga..nurse tolak aku guna kerusi roda..ms tu aku rs mcm nak buang air besar..aku dpt rs kepala baby menolak2 nak keluar..byk kali aku bgtau nurse apa ku rs tu..sesampai aku kat labour room, suamiku x smpi lg..dok atas katil pun dh x blh tenang sbb sakit sgt..nurse suruh aku sedut oksigen tiap kali kontraksi utk kurangkan sakit tp aku x reti..so aku mmg  menjerit tiap kali kontraksi..byk kali gak la nurse advise agar aku x jerit sbb nnti xde tenaga nak push tp aku x peduli sbb mmg x blh dh nak tahan sakit yg amat2 sakit tu..aku jerit panggil doktor, panggil nurse, tanya mana suami aku..aku siap nak berguling atas katil menahan sakit..pastu br suami aku bergegas dpt masuk labour room, nurse2 pun masuk..so masing2 ambik position..suamiku ampu bahu aku..ada nurse tekan2 perut aku, ada yg ready nak sambut baby..mereka suruh aku push..2 kali push blm berjaya..nurse advise aku push sekuatnya tanpa keluar suara..ok..aku pegang buku lali kaki, pandang tepat kat perut & aku push dgn tahan suara dr keluar, aku dpt rs sesuatu meluncur laju & suam2 keluar dr vaginaku..alhamdulillah..

2.30 pg - anak anugerah Allah pun lahir..nurse suruh aku tgk jantina anak aku..lelaki..nurse minta aku baca selawat utk tali pusat baby dipotong..baby diletak atas dadaku & nurse minta suamiku azankan baby..aku nmpk mata suamiku berkaca2 ms azankan baby..lps hbs azankan nurse arahkan suami keluar n uruskan ntah apa aku pun x ingat..aku kena stay dlm labour room..nurse nak jahit koyakan..x lama sgt proses menjahit tu tp still trasa jarum jahitan walau pun aku dh d bius..dh setel dijahit, baby diletak lg atas dadaku utk tempoh yg lama & aku disuruh susukan baby..

9.00 pg - aku ditolak semula ke wad bersama2 baby..

12.30 tghr - suami, mak, family mertua, family pakcik dtg melawat tghr tu..dikabarkan aku dh blh balik..alhamdulillah..so suamiku p setelkan bil hospital & apa2 yg patut utk membolehkan aku check out hospital..

7.30 ptg - check out..alhamdulillah walaupun terpaksa tunggu sgt lama

Soalan cepucemas lps dpt anak is : Bila nak tambah anak lg?...<--- soalan dr org tipikal malaysia..

Jawapan : Tunggu smpi dh x terbayang2 sakit bersalin tu..ngeh3..

Apa pun jwpn aku tu xleh pki sbb aku bkn Tuhan..xde daya kuasa jika Allah x bg..makanya semuanya ku serahkan pd Allah termasuk la nyawa ku..





Monday, 18 January 2016

~Jamur-Wishlist~

Assalamualaikum readers,

Alhamdulillah, termakbul wishlist mengandung aku last week..

Jamur = cendawan busut

Teruja dgr berita dr abg aku bahawa dia nmpk jamur ni kat bawah pokok durian kat kebun pakcik aku..trs aku, mak, abg aku bergegas ke lokasi..suami aku dok tanya apa jamur tu n dia blur2 xnak p ke lokasi..sayang2..bila aku explain pe tu jamur, baru la dia pun mengorak langkah sama..


Alhamdulillah dapat la sebaldi..

Mak n abg aku teruja nak p tgk kat lokasi lain sekitar umah..biasanya mcm tu la..bila ada tumbuh jamur ni kat 1 kwsn, maka kwsn lain yg biasa ditumbuhi pun akan ada..mmg ada..kat bawah pokok2 ubi..namun mak aku xnak ambik sbb br lps seminggu pakcik aku sembur racun kat kwsn tersebut..lain2 kwsn yg biasa ditumbuhi xde plak..

Mak aku msk sayur bening jamur..yum3..sedap manis sbb msh fresh..jamur ni, slalu kami akan msk sayur bening or tumis belacan aje..

Pe pun alhamdulillah, Allah makbulkan kemahuan aku..

Thursday, 14 January 2016

~Kerepek Ngarku~

Assalamualaikum readers,

Kali ni nak crita psl kerepek ngarku..Tetiba nak cerita psl makanan plak..hihihi..

First time mkn kerepek ni last year..sorg rakan mengaji aku bg rs..ermmm sedap juga..rsnya lemak2..pastu thn ni, aku beli dr kwn aku yg mmg buat sendiri n jual dikala-kala nak raya cina..sbb bekalan mentahnya dijual mmg ms nak dekat raya cina je..aku beli 2 balang..cepat je hbs..

Utk meneruskan kelangsungan memakan kerepek ni, aku bertekad nak buat sendiri juga..xkan tiap kali nak mkn nak kena beli..kwn aku bkn jiran dekat umah aku..nun d kg sana dia jual..jd aku pun kerap la belek2 harga ngarku ni kat pasaraya..kot2 ada murah..

Ni rupa ngarku..












Kena kupas kulitnya..maka jd begini..

Cuci, toskan, panaskan minyak, sagat trs atas kuali, siram air garam 1/2 sudu mkn tiap kali menggoreng, dh xde bunyi desiran minyak sila angkat..ms panas kerepek ni mcm lembik2 skit tp bila dh start menyejuk, ia akan jd rangup..









Setelah dibalangkan..tq to my mak sbb tolong sagatkan atas kuali & minyak panas..aku sagat lmbt, sempat hangit ngarku tu..ekeke


Sekian, cerita + resipi kerepek ngarku dr daku..selamat mencuba

Sunday, 10 January 2016

BerFIkiR TEntaNG PemanDU2 di TanahaiRKU

Assalamualaikum..

hihi..byk no kot masa aku nak pk2 hal mcm tajuk kat atas tu..
Tp benarkan?..Pemandu di Malaysia ni suka:-

1. Potong barisan ms que kat tol or traffic lite;
2. Xnak bg signal utk masuk simpang or memotong;
3. Xnak bagi laluan bila pemandu lain bg signal nak masuk lorong;
4. X suka dihon;
5. Kat T junction, pemandu yg nak masuk kanan kena bg laluan pd pemandu yg nak kuar ke kanan sbb dorang ni suka2 menonong..hrp2 faham situasi yg aku try gambokan ni;
6. Pemandu motor or basikal memandu menongkah arus;
7. Stay kat fast lane tp pandu slow;
8. Pemandu bas/lori dan sewaktu dgnnya suka cucuk2 kereta kat 2nd lane..mementang bas/lori tu beso, klu brani sgt, p la pandu kat fast lane drpd sibuk cucuk2 kereta.

Biasanya aku pk hal ni ms memandu, tgk karenah/perangai2 pemandu lain..nak kata aku ni baik, in sha Allah semua yg aku senaraikan tu sekali sekala je aku wat..kekeke

Aku juga slalu pk, caner nak tangani mslh ni..adakah perlu diadakan revision dan ujian utk pemandu2 Malaysia tiap 5 tahun skali agar sentiasa memandu dgn berhemah?..atau org2 asing yg nak dtg Malaysia perlu diwajibkan amik kursus memandu agar faham dgn undang2 jalanraya di Malaysia?..

Erm...semoga kesedaran terbit dlm hati sanubari pemandu2 di Malaysia ni ye..in sha Allah pandu cermat jiwa selamat

Sunday, 3 January 2016

~2016~

Assalamualaikum dunia,

Memasuki fasa 2016.

Azam tahunan xde..

Azam harian byk..update everyday..

Dlm fikiran, plan itu dan ini..

Jadi ke x, Allah aje tentukan..

Usaha usah ditanya, xkan aku nak sembang dlm ni usaha2 aku kan?..

Anyway, SELAMAT TAHUN BARU 2016!!


Tuesday, 15 December 2015

~Terasa Dijauhi~

Sebelum ini, 
aku sering merasainya
merasa dekat
merasa kewujudan
merasa dipilih
merasa dikasihi
merasa indah

mudah menangisi
mudah meminta
mudah bersyukur
mudah juga terasa

Sekarang
aku sering merasa
merasa jauh
merasa ketiadaan
merasa tidak dipandang
merasa dibenci
merasa sedikit indah

payah menangis
payah meminta
payah bersyukur
payah juga untuk terasa

Ya Allah
Yang Maha Besar
Yang Maha Agung
Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Tiada Tuhan Yang Disembah Melainkan Allah

Dekati aku
Kasihi aku
Tenangi aku
Pandanglah aku dengan pandangan rahmatMU
Sentiasalah ada disisiku agar aku dapat merasa
Aku takut tanpaMu
Tiada yang indah tanpaMu

Ampunkan aku
Berilah maaf padaku

Ya Allah...

Thursday, 3 December 2015

KuciNG~kiTTuN~KitteN~AyAM~KamBIng..EYhh??

Assalamualaikum..

Tajuk hari ni mcm kat atas tu la..actually nak citer pasal kucing2 yg penah ada kat umah mak aku & yg aku ingat je la..klu nak crite sekor2 aduhai..manyak!!

Actually arwah embah wedok aku yg sgt suka kucing..namun idak la smpi bela berpuluh2 dlm 1 masa..paling byk 5 ekor je dlm 1 ms..buat kwn dia ms tu..mak & adik aku pun suka kucing..aku?..dulu2 aku x suka kittun ni,,x suka tp xde la smpi belasah kucing tu..cuma suka tgk tp x suka bg mkn n belai2..x suka kucing dtg gesel2 badannya..tp now aku rs aku suka dh sikit2 kat kucing..blh la belai2, bg mkn..ahahaha

Eki
Eki adalah permulaan kucing berbulu panjang ala2 persian d umah mak aku ni ha..paman aku yg bw dr umah lama dia..dia dtg dulu dgn 2 kembarnya, kabu dgn ape ntah, x ingat..ada org bg katanya..panjang hayat eki ni..byk kali dia beranak..byk anaknya yg idup, byk gak yg mati..smpi satu ms, mak aku buang eki sbb dh terlalu nakal, asik2 curi mknn..pandai dia buka almari simpan mknn..aku x tau pun eki d buang sbb x stay skali dgn mak ms tu..blk2 kg je, eki dh xde lg..smoga idup eki d jalanan dilindungi Allah..

Bundel
Anak Eki..Dia ada 2 kembar lg namanya Budeng n ntah x ingat..bundel msh hidup smpi skrg..ada dlm 10 tahun dh kot umurnya..tp dh x stay dgn kami..sedara kami amik n belanya smpi skrg..tiap kali hari raya puasa mesti p raya umah sedara aku ni so skali la melawat c bundel..lps d mandulkan, dia jd gemuk..mok..mok..



Do
Anak Eki juga..Do ni kembar 3 juga..ada Re & Mi..2 lg tu ilang / mati..aku pun x ingat..Do skrg dh mati..sepanjang idup do dia sgt sombong..dia xmo d manja2 org kecuali dgn adik aku..asalkan org lain pegang, dia akan gigit or cakar..aku penah tunjuk gambar do kat kwn aku, trs dia tanya, brapa ribu klu dia nak beli..aish..idak la aku berjual beli kittun ni..dia mati ms 1st hari raya puasa tahun bila aku x ingat..

Anjin
Anak Eki lg..Anjin ni pun kembar 3..tp aku lgsg x ingat nama2 kembar anjin..nama dia aku yg bg sbb ms kecik2 rupa dia mcm puppy..anjin ni kucing paling baik klu dgn manusia..dia x penah cakar or gigit klu org buli dia..tp bkn buli smpi nak pukul2 dia..dia manja sgt..namun di kala dia dh dewasa, dia kerap p jln2 kuar..cari mambang la tu..pastu bila lapar je dia balik..jiran aku bgtau, anjin slalu anta cucunya smpi naik van skolah kat depan umah mereka..alahai baiknya anjin..ada gak sedara2 or jiran2 bgtau, nmpk anjin lepak kat kedai pisang goreng x jauh dr umah mak aku, tido kat kerusi kedai tu, minta mkn gulu goreng (leher goreng)..pastu dia sakit..mcm sakit kulit & slalu bergaduh dgn kucing lain..kaki dengkot2, muka penuh darah sbb penyakit tu..asal sakit bergaduh dia akan stay kat umah, nnti dh sembuh, dia kuar jln2 lg..aku penah pesan kat dia, klu nak mati bio la mati kat tpt lain..x smpi hati nengok dia sakit gitu..akhirnya kami x tahu dia mana skrg..x penah dh blk umah..mati dh ke atau msh idup lg..

Comot
Comot kami ambik dr 1 kedai mkn kat kg..cantik kaler dia..itam + oren..mak aku ckp mcm kaler 'medhi'=hantu..2 kali dia sempat beranak kat umah mak aku..anak2 dia kebanyakkannya kaler oren..tp x panjang umur..semua mati x sempat pun jangkau 2 bulan..

Montot, Mentek & Manjang
Kembar 3..dpt dr jiran..semua kaler sama..itam & putih..msh ada kat umah mak aku..skrg dh jd mak2 & bapak kucing dorang ni..cuma bkn semua anak yg montot n mentek lahirkan idup..

Montella
Dia ni anak c montot..kembar 4..tp tinggal dia sekor je yg idup..yg sekor x sempat bg nama dh mati..lama dh berbulan br bg nama kat dorang ni..montella, potato & mopiko..potato kena mkn anjing liar..kami semua p keje so kucing2 mesti stay kat luar umah sbb xnak dorang buang air dlm umah..tragis kejadiannya..aku blk keje je nmpk 3 ekor anjing kat depan pintu umah..aku halau..tp x nmpk lgsg kelibat 3 ekor kucing ni..aku cari2 x jumpa..bunyi dorang pun xde..dh ptg2 br aku nmpk mayat potato..smpi mak aku blk keje br la jumpa c montella n mopiko..nyorok..selang 2 bln kot, mopiko mati sbb sakit..demam berpanjangan, bg panadol pun akhirnya mati..tinggallah c montellah je smpi skrg..dia kwn dgn anak mentek iaitu samy..

itulah antara kucing2 arwah embah wedok & mak aku yg penah ada..aku xde kucing sendiri..xnak la dulu..cuma tringin nak ade kucing utk aku namakan muezza..in sha Allah..

Kat tajuk tu ada ayam & kambing kan..ekeke..saje nambah..

Gogok
Ayam paling besar penah ada kat umah mak aku..ms arwah embah masih ada..asalnya ni ayam pakcik aku..selain paling besar, gogok sgt nakal..dia suka sabung org kecuali arwah embah..org2 yg datang berurut dgn embah pun nak d sabungnya smpi ke dlm rumah..dia juga anti dgn aku..dia blh tahu lokasi aku dlm rumah tu..aku kt bahagian depan umah, dia akan tunggu kat pintu depan, klu aku kat bahagian dapur, dia tunggu aku kat depan pintu dapur..terpaksa aku bekal dgn penyapu klu nak kuar dr umah..tu pun dia still juga kejar..dia mati sbb dh tua..

Comel
Ni kambing adik aku..asalnya ada 2..x ingat dh nama kedua-dua kambing tu..tp salah sekornya lahirkan comel..dia pandai mkn roti gardenia n rempeyek kacang tanah yg mak aku buat..dia mati kena panah petir..mak comel pun aku rs mati juga..tinggal la sekor, arwah embah aku jual kat jiran sebelah











Wednesday, 25 November 2015

SeteLAh LamA

Assalamualaikum readers,

Akhirnya SeteLah LamA menunggu...jeng! jeng! jeng!..



Dr bln Mei 2015 hingga Nov 2015 setia menunggu..siap pun photobook utk peserta KDC 2015

Xnak crite sapa lambat sapa x buat keje..

Cuma sepanjang menunggu ni, tiap kali follow up kat dlm group wassap dgn admin KDC 2015, Karangkraf & peserta2 KDC 2015,  mesti ada yg nak lepas geram..ada je agenda cuit2 bg org lain panas hati..siap ada yg ajak bergaduh jumpa kat luar..n paling x best left group..

Mana peginye iman yg ada? menipis?..sama2 la beringat..bkn anak2 yg msh kecik x tau mana baik mana buruk..masing2 dh dewasa..dh boleh jd pemimpin..kalau x, masa kan teringin mendirikan masjid bersama org yg dicintai kan?..

Apa pun, byk2 bersyukur, Allah bg rezeki, dpt juga siap photobook tu..TQ admin KDC 2015, TQ juga pd staff2 Karangkraf, TQ pd kwn2 KDC 2015 yg sama2 follow up utk percepatkan siapnya photobook ni..

Teruskan berukhuwah utk rezeki yg berterusan

Wednesday, 18 November 2015

Wishlist Keteringinan

Assalamualaikum semua..

Ahahaha..tgh kemaruk update blog..

Merujuk kpd tajuk diatas yg lebih spesifik merujuk kpd jenis2 makanan..mcm2 juga la yg aku nak sepanjang 5 bln mengandung ni...antaranya:-

1. Mihun sup utara - senang dpt n dh dpt mkn..alhamdulillah

2. Kuih tepung torak - x brapa senang dpt..dok tanya2 kat kwn2 group wassap & telegram..dpt info dr kwn telegram..dh dpt..beli kat pekan Sabak Bernam, depan kedai buku india..ada 1 pakcik ni jual kuih2 ptg..semua kuih 5 ketul rm2..


gambar dr google
3. Buah jambu susu - yg ni agak payah tp alhamdulillah dpt..kena tunggu musim n dh x byk org ada tanam pokok ni..dpt beli kat pasar mlm kg suami..sepinggan rm2..walau buahnya kecik2, x besar yg berjus tp tetap syukur..cuma suami x bg mkn cicah kicap bercili..terpaksa rela mkn dgn garam + gula..redha, yg penting dh dpt merasa mkn..




4. Buah jambu bola/jambu keling - ni pun sama mcm jambu susu, kena tunggu musim br ada..bgtau mak, mak tanya2kan kwn dia..alhamdulillah ada..1st dpt ms p umah kenduri jiran, x ranum lg pun buahnya, tp dh blh mkn, dok la gigih petik skit..x malu tau..org mkn kenduri, kita sibuk nak mkn jambu bola ni..pastu ptg hr yg sama, kwn mak bg seplastik kecik.alhamdulillah..aku asik tringin je buah ni..kali ni aku senyap2 x bgtau suami, aku mkn cicah cili kicap..p la jln mana2 mata mesti melilau tgk kot2 ada rejeki pokok org tgh berbuah..dpt juga kat kg suami, aku paksa suami p umah org yg ada tu..memalu suami mintakan..kali ni aku tanya mak mertua blh x mkn cicah cili kicap, mak mertua bg greenlight..uh suamiku..ekekee..dh blk kg aku pun sama, aku merengek nak buah ni..suami x layan, aku merajuk..skali lg aku paksa suami mintakan kat area kg aku ni ha..memalu dia mintakan..terima kasih suamiku..dia ckp lps ni, p minta sendiri..yelah2 dh xnak minta lg..ekekeke

gambar dr google
5. Buah Pelam Kuini - yg ni pun kena tunggu musim..dpt la 2 biji dr makcik aku..buahnya x brapa elok tp syukur dpt..aku mkn mlm2..ms nak tido, perut rs x sedap, memulas..de rs nak buang air besar tp bila p toilet xmo plak membuang..dr kul 11 smpi dekat kul 1 pagi, 3 kali aku try membuang..last2 haaaa..hambik..mcm air paip kuarnya..lps dr kejadian tu, suami trs x bg mkn..even nmpk kat econsave, mmg dh amik plastik nak beli, suami tetap x bg..smpi skrg pun klu aku minta, dia tetap x bg..x puas lg nak buah ni...tp suami xnak aku sakit perut mcm hr tu..uhuhuhu

6. Ketam - yg ni mudah je dpt..tunggu bulan mengambang penuh, haa time tu blh la berduyun2 beli ketam..tp aku dh 5 bln ngandung br mkn ketam..saje..


7. Cendawan busut - kami org jawa panggil ia as 'jamur'..yg ni bkn tringin mkn..tp tringin nak tgk & cabut..kat area tanah arwah embah, kat sekitar umah tinggalan embah ni ada kdg2 tumbuh..tp bkn slalu la..ada rejeki ada la jumpa..bg yg expert, blh tahu dgn bau yg dtg dr cendawan ni..paling best ms cabut jamur ni dr tanah..slalu usaha agar akarnya x patah ms d cabut..lps dh puas cabut, siang pula jamur ni utk msk..tp xtvt siang jamur x seseronok mencabutnya..



gambar dr google
8. Ambuyat - yg ni food org belah2 Borneo sana..aku minta partner aku belikan tepungnya iaitu tepung sagu..tp mslhnya kami x reti caner nak masak tepung tu..yg aku penah experience yg tepung serbuk, kena bancuh dgn air panas n kacau smpi tepung jd likat...then mkn dgn sambal ikan bilis + belacan + air limau kasturi + bawang...sedapppp..tp yg aku dpt ni tepung yg basah..katanya kena cuci dulu pastu amik pati tepung sagu ni n kacau dgn air panas..smpi skrg x terbuat..n tepungnya pun dh x elok..




9. Sotong Celup Tepung Pok Nong - jauh nak dpt..Ganu sana..yg ni blm dpt..dok rengek2 kat suami pun blm ada jawapan positif..xpe, sy teruskan berdoa..walaupun byk dh kat pasar2 mlm org jual sotong celup tepung tp disebabkan aku mengenal sotong celup tepung dr gerai Pok Nong Ganu, maka aku xde ghairah nak try yg lain..dr pengalaman berebut sotong ke gunting sotong ke suasana mkn tepi pantai sukar dilupakan..aku ada 2 entry psl mkn sotong celup tepung Pok Nong ni..

10. Awi's Yellow House - ahahaha..ni xde kena mengena dgn food yg aku tringin mkn..tp keteringinan aku bermalam kat chalet en.Awi ni..n mengandung bkn sbb utama aku nak ke chalet ni..tp mmg tiap tahun aku nak p chalet ni..suasana tenang & design chalet ni yg buat aku rindu nak jejak lg ke chalet ni..aku penah stay kat chalet keciknya, penah juga merasa stay kat chalet besarnya..kedua2nya mmg best..atas sungai..ada jeti kecik, depan jeti ada kapal layar..mmg mcm heaven la..entry psl chalet ni pun aku ada masukkan juga..


cukup2 la crite 10 dulu keteringinan aku ni ha..klu nak diteruskan panjang berjela2 la jwbnya..ntah kan cukup ntah kan tidak nombor2 untuk aku senaraikan semua keteringinan aku ni..nnti jd nafsu semata-mata..setan suka manusia bernafsu berlebihan ni..sekian, wasalam..ehehe

Monday, 16 November 2015

XtvT HuJUNg MinGGu - TAMan BuRUng KL

Assalamualaikum pd pembaca yg sudi membaca..ehehe..

Seawal jam 8.30pg di pagi ahad kami bergerak dr Telok Panglima Garang, tujuannya ke Taman Burung KL!!!...kami guna Kesas Highway, susur persimpangan Summit keluar ke Federal Highway, susur Lingkaran Syed Putra then hala ke Dataran Merdeka, u-turn skit depan Mahkamah Lama ke bulatan depan Masjid Negara..hehehehe..jam 9.30 pg kami sampai destinasi..alhamdulillah..

Bayaran masuk utk org Malaysia dewasa is RM27, kanak2 Malaysia is RM13 tp x tertgk plak brapa had umur kanak2 ni..warga asing RM50..utk warga veteran pun aku x tgk brapa bayaran masuk..maaf x dpt nak salur info..tp blh tgk kat website ye..ekeke

Dh bayor, mereka bagi tag kertas pki kat tgn & peta kawasan taman tu..so kami terus masuk ke taman..ada 2 hala, ke kanan atau ke kiri..jd kami pilih kanan dulu..ikut sunnah..ngeeee...

Belah kanan dimulai dgn burung cinta..love bird..mcm2 warna ada, ijau, biru..cantik2...burung ni suka belai2 sesama mereka sbb tu dinamakan love bird..

then melepasi gate, kami nmpk beberapa burung merak..tgh bz mkn..yg aku nmpk mknn mereka is dedak & buah betik..kat 1 sangkar, ada merak putih tp bkn merak albino..klu x nmpk kepalanya, mcm rambut hantu mengurai2 bulu merak ni..ehehehe

burung merak yg biasa tu rileks je lepas, x stay dlm sangkar..siap blh jalan2 seiring dengan pengunjung mcm aku..pastu berpeluang tgk merak tu kembangkan bulu2nya dengan megah...cantik sgt..kejadian Allah..

Pastu ada sangkar burung enggang, burung hantu tp musykil mana p burung2 hantu, xde pun..dia tido tpt lain kot..

Ada beberapa burung yg terbang bebas tp still x blh lepas sbb ada jaring tinggi dipasang..

Sepanjang perjalanan kami tu mmg byk bersepah2 burung merak n burung putih..

Ada burung emu, burung unta, burung bangau, burung punai, burung yg ada ekor kat kepala mcm yg dlm cite madagascar pun ada, itik2 berenang2 dikolam..

Penat berjln, rehat jap kat kerusi2 batu yg disediakan..almaklum, ibu mengandung..

Belah kiri taman plak dimulai burung enggang..ada restoran hornbill kat belah atas depan sangkar hornbill ni..tapi kami teruskan perjalanan, ada show burung kakak tua tp kami x berpeluang tgk..boleh bergambar dgn burung kak tua, tp kena bayor..

Pastu ada world of parrot, masuk je tpt tu disambut dgn bunyi nyaring suara burung2 kakak tua..x tau la dia nyanyi ka dia nangis ka..bingit la dok dlm tu..ada penjaga klu2 ada pengunjung nak bg mkn kat burung kakak tua tu..kena bayar rm4 utk bg makanan kat mereka..aku tgk sorg adik ni bg minum susu..pandai burung tu minum siap bergegaduh dgn kwn rebut nak minum susu..comel..de gak burung kakak tua yg stay dlm sangkar..

Lps tu ada byk sangkar2 burung tp x ingat dh burung apa..

Lps dr tu, ada cave siap ada waterfall buatan..ada playground..ada gak muzium burung, sekolah burung tp ms kami p tu under maintenance plak sekolah burung ni, x tau pe xtvt kat dlm tu..then kami hala semula ke restoran Hornbill utk keluar dr taman burung..waaaaa panjat tangga..dh la pregnant, minta suami tarik tgn..kurang larat sbb dh byk tenaga keluar utk jln2..heh heh heh

Jd pulang dgn hati yg gembira..bertambah gembira krn suami sudi layan p mkn kat Seoul Garden Paradigm Mall..alhamdulillah Allah bg rejeki..



XTvT HujuNG MINGgu - PaNTAi KeLANang & BukIt JugRA

Assalamualaikum..

Inilah xtvt sementara pregnant...nnti dh beranak (in sha Allah) x tau ada kelapangan ke idak..

Beberapa hari before weekend dh sibuk dok tanya suami 'weekend nnti kita nak jln mana?'..jwpn suami 'ntah, nnti kita jumpa kita bincang'..kami stay asing sbb tu ada word 'nnti kita jumpa'..seminggu skali or 2 kali je jumpa kami ni..mcm la jauh no kan..ekekee

Dlm pikiran, imagine nak ke PD, tgk2 web & blog..erm..mcm nak kena kuar duit byk if ke PD..pk nak jimat & xnak terlalu penat krn bercuti..

Ada kwn kat group plak dok umpan utk p Pantai Kelanang d Banting nak cari pepahat atau bamboo lala..mcm best je xtvt itu..mula la imagine nak ikut ke sana..dok la belek web kot2 ada hotel murah area Banting..ada tp poyo la nak tido hotel sedangkan umah abg ipar pun dekat je kat Telok Panglima Garang sana..blh je numpang tido since xde sapa pun kat umah tu kecuali adik ipar..

So setelah kami suami isteri Allah izinkan utk dipertemukan, jwpn kami sepakat hr sabtu nak ke Telok Panglima Garang seterusnya nak jln2 ke Pantai Kelanang..Cadangan aku untuk p Bukit Jugra tgk org naik paragliding pun suami terima..so proceed..alhamdulillah

PANTAI KELANANG, BANTING

Pagi Sabtu tu, kami singgah dulu umah abg ipar sbb mak abah mertua ada kat sana..lps dh sarapan tanya kabor skit2, kami proceed ke Pantai Kelanang..xla jauh sgt perjalanan dr Telok Panglima Garang ke Pantai Kelanang tu..dlm 20 minit gitu..dlm kul 10.30 kami sampai..
Masih lengang kwsn pantai ms ni..Ada beberapa gerai jual mknn n jajan2 dh buka..ada juga beberapa kumpulan manusia yg camping n lepak2 bbq tepi pantai tu..air pantai ms tu surut..kami siap2 dh tgk kat web jadual pasang surut air before pegi..


 Ramai juga manusia2 yg dh smpi ke kwsn tgh laut cari hasil laut..cari pepahat agaknya..oleh krn air surut, ada juga org2 yg naik motor terus ke kwsn cetek kat tgh laut sana..ahahaha...power2..

Kami setakat jln2 kat tepi2 je..ada gak rs nak ikut p korek2 pasir cari pepahat ke remis ke ketam etc tp memandangkan x pki baju yg sesuai, maka tgk je la dr jauh org2 yg tgh bongkok2 cari hasil laut tu..ermmm..ms kami jln nak balik, makin bertambah org2 yg nak cari hasil laut, sbb dorg pki topi n mesti bw baldi, budak2 pun style yg sama juga..

Ada beberapa kemudahan kat area Pantai Kelanang ni..contohnya kedai2 mkn & jajan..toilet..tp aku x jengah la toilet dorg well maintained ke idak..ada juga kwsn lapang, sesuai utk camping or berfamily day..skrg ada kerja2 baik pulih/naik taraf landskap tgh dijalankan..so lps ni makin cantik la kot pantai ni..blh la p lg..

BUKIT JUGRA, BANTING

Setel d Pantai Kelanang, kami menyusuri laluan ke Pasar Nelayan Pantai Kelanang dgn harapan ada org jual ketam..teringin..so jln..jln...jln..smpi la ke psr yg disebutkan td..tp mungkin msh awl, xde apa apa kejadian org jual hasil laut pun kat pasar tu..yg ada org lepak2 kat beberapa kedai mkn..jd kami pun keluar dr psr tu ke arah kiri..ntah mana nak p pun x tau tp jln je la..then nmpk dr kejauhan menara api Bukit Jugra..hepinyeeee

Kami ikut je signbord..ada laluan kecil naik ke bukit tu..kami melalui kwsn perkuburan cina..kena hati2, jln agak kecik..dr bwh kami dh nmpk ada org naik paragliding..so smpi kat rumah api tu trs tuju area belakang rumah api..x blh masuk pun dlm rumah api tu..kt belakang yg ada tulisan besar J.U.G.R.A, kat situ la peminat2 sukan paragliding berkumpul..ada kwsn krusi batu n berbumbung kat lereng bukit tu..so kami lepak situ, nak tgk org naik paragliding..


Kami sempat tgk 4-5 paragliding berlepas..ada paraglider yg terbang solo, ada juga yg bw penumpang..mesti kena byr kan klu nak jd penumpang paraglider tu..


Bbest tgk mereka terbang2 d bawa angin..smpi ada prasaan gayat plak tgk mereka terbang2 atas kepala..angin kuat kat atas bukit tu..pemandangan pun saujana mata melihat..dr atas bukit tu blh nmpk Selat Melaka..masuk waktu zuhur kami pun berangkat pulang..


Thursday, 12 November 2015

REzEki MiLIk ALLAH Part II

Assalamualaikum readers

Bersempena tajuk kat atas tu, nak announce bhw kini aku dh pun 5 bln mengandung rezki milik Allah..

Allah pinjamkan rezekiNYA untuk aku nikmati...untuk berapa lama, hanya DIA yang tahu..namun akan aku nikmati selagi Allah beri pinjam..

Seronok?..alhamdulillah semestinya aku & suamiku seronok..bersyukur..
15 weeks

Pada umurku 35 tahun, rezeki bertemu jodoh Allah beri, rezeki jd ibu mengandung pun Allah beri..






Rezeki duit aku xnak la cerita..biar aku & Allah saja yg tahu


Selain itu, sepanjang mengandung ni, Allah beri keluarga kami rezeki untuk mengadakan kenduri meraikan perkahwinan aku pd 11/10/2015.


Allah juga beri rezeki pada keluarga mertua untuk mengadakan majlis menyambut menantu 31/10/2015 di Perak..kedua-dua majlis berjalan lancar & meriah..jiran2, sanak saudara, kawan2 sudi dtg menjayakan & menjamah makanan kenduri yg Allah berikan..syukur..hanya Allah yang membalas kebaikan kalian..

Bukan itu je, aku n suamiku di beri rezeki oleh Allah untuk p honeymoon sampai 3 kali sepanjang hampir 6 bln pernikahan kami..2nd time honeymoon kami p Pulau Pangkor & yg terbaru kami p Cameron Highlands. Seronok sgt walau p jln dekat2 asalkan p dgn suamiku sayang yang Allah anugerahkan ni..

Kesimpulannya- refer to the above title